Pages

Rabu, 16 Mei 2012

ICT DALAM PENDIDIKAN


             Adakah anda masih ingat cara pembelajaran di sekolah pada masa dulu? Adakah anda perasan apakah perbezaan dunia masa kini dengan dunia masa dulu? Ya, dunia sekarang boleh digelar sebagai dunia ‘dotcom’. Dengan kata lain, teknologi maklumat menjadi perkara yang amat penting yang menjadi alat perhubungan antara kita semua. Dengan itu, teknologi maklumat telah menjadi unsur yang sangat penting dalam dunia pendidikan pada masa kini.

    Kapur dan papan hitam memainkan peranan yang penting sebagai perantaraan penyaluran ilmu antara guru dengan murid-murid pada zaman dahulu, tetapi, pada era ICT dunia moden ini, komputer yang mempunyai pelbagai fungsi menjadi perantaraan utama bagi guru dan murid. Pembelajaran murid menjadi lebih mudah difahami jika sesuatu yang sukar dijelaskan ditunjukkan melalui paparan dari sumber teknologi maklumat. Selain meningkatkan memori murid juga dapat menarik minat belajar murid.

      Selain daripada itu, teknologi maklumat juga memainkan peranan yang penting dalam memberi peluang kepada guru-guru yang ingin menyambung pelajaran di institut dan universiti dengan tujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan tanpa memisahkan diri daripada tanggungjawab menjaga keluarga mereka. Dengan adanya teknologi dan azam diri yang teguh, sesiapa pun boleh menjalankan pembelajaran kendiri tanpa sebarang halangan lagi. Konsep ini dinamakan pembelajaran jarak jauh. Dengan adanya konsep dan media, kita tidak perlu menempuh jarak yang jauh lagi untuk belajar.


    Kesimpulannya, teknologi maklumat membawa banyak kebaikan dalam pendidikan. Ia memberi kita peluang untuk mendapat pengetahuan dengan cara yang mudah. Oleh itu, gunakan teknologi untuk sesuatu yang betul dan bukan menggunakannya dalam sesuatu yang berniat jahat.

5 ulasan:

Koh Peinie berkata...

Pengalikasian komputer dalam pendidikan sememangnya menjadi satu kemestian untuk menyalurkan ilmu dan informasi yang berkesan kepada para pelajar.

ping berkata...

Guru-guru sekarang harus sediakan diri untuk mengunakan teknologi untuk mengajar dan sentiasa meningkatkan pengetahuan dalam isu-isu terkini juga.

Crystal berkata...

PJJ sememangnya salah satu konsep yang sangat baik bagi mereka untuk menyambungkan belajar dimana mereka tidak perlu menempuh jarak yang jauh dan belajar melalui ICT.

Seck Wei berkata...

Kanak-kanak pada zaman ini sangat bertuah kerana boleh belajar melalui penggunaa ICT. Saya pasti, dengan adanya ICT mereka akan lebih memahami pengajaran yang diajar. :)

cat0515 berkata...

Walaupun ICT menjadi isu yang sangat hangat namun masih terdapat sekolah misalnya sekolah pedalaman yang menggunakan papan dan kapur. Kerajaan juga harus berfikir langkah supaya kanak-kanak dalam sekolah pedalaman juga berpeluang belajar dengan guna ICT.

Catat Ulasan