Pages

Jumaat, 27 April 2012

BANDAR TERAPUNG MASA DEPAN


 

      Arkitek dari Belgium, Vincent Callebaut, mengajukan solusi baru dalam menghadapi masalah perubahan iklim dan kepadatan, solusinya dinamai: Daun Bunga Lili. Daun Bunga Lili ini digambarkan sebagai prototaip bandar amfibia yang mampu menyara diri sendiri, dengan masing2 daun mampu menampung 50.000 orang.



     Di tengah Daun ini ada sebuah tasik yang menampung dan menjernihkan air hujan. Bandar terapung ini tidak memerlukan jalan dan akan mengapung dan “terhanyut” ke seluruh dunia akibat pergerakan arus laut.
    Rekaan dari Daun ini di memuat 3 marina dan 3 gunung yang dikhusukan bagi perniagaan dan hiburan. Bandar ini unik, kerana bandar ini merupakan bandar amfibia, setengah kota air, setengah lagi kota darat.
     Bandar ini mendapat sumber daya dari matahari, angin dan arus laut, yang akan menghasilkan lebih banyak tenaga daripada tenaga yang diambil, dan akan menjadi kota yang ber-”emisi sifar” kerana semua karbon dan kumbahan akan di kitar semula.
     Harapan yang ada adalah pada tahun 2100, akan ada 250 juta orang yang melarikan diri dari perubahan cuaca, kerana air laut akan menghancurkan kota2 seperti New York, Shanghai dan Bombai.
     Vincent percaya, bahawa produknya ini adalah penyelesaian jangka panjang untuk menghadapi naiknya air laut, dan bukannya memperkuat garis pantai, kerana penyelesaian garis pantai ini hanyalah penyelesaian jangka pendek.
     Ciptaan dari Daun ini diinspirasikan oleh daun Amazonia Victoria Regia yang memiliki tulang daun yang sangat rapat. Tujuan Vincent adalah untuk mencipta “hubungan harmoni antara manusia dan alam”.

0 ulasan:

Catat Ulasan